Kerja adalah sesuatu yang dikeluarkan oleh seseorang sebagai profesi, sengaja dilakukan untuk mendapatkan penghasilan. Pengeluaran energi untuk kegiatan yang dibutuhkan oleh seseorang untuk mencapai tujuan tertentu. Budaya Kerja adalah suatu falsafah dengan didasari pandangan hidup sebagai nilai-nilai yang menjadi sifat, kebiasaan dan juga pendorong yang dibudayakan dalam suatu kelompok dan tercermin dalam sikap menjadi perilaku, cita-cita, pendapat, pandangan serta tindakan yang terwujud sebagai kerja.
Ada ketikanya seseorang pekerja mengadu keletihan selepas pulang ke rumah. Mereka yang bekerja di ladang dan sebagai buruh binaan akan berasa tubuh badan letih dan sakit-sakit kerana banyak keluarkan tenaga ketika menggunakan tulang empat kerat. Mereka yang bekerja di pejabat pula mengadu letih terutama minda dan mata kerana terlalu kerap bermesyuarat, berfikir dan menghadap komputer. Selain memakan vitamin dan pelbagai makanan tambahan berkhasiat, seseorang pekerja boleh mengelak keletihan dengan pelbagai cara yang disyorkan doktor dan orang tua. Jika tidak, sikap malas, lesu dan bosan akan menguasai diri hingga menjejaskan produktiviti.
Penyebab Keletihan :
1. Aktivitas kerja fisik : pekerja merasakan berat di kepala dan lelah di seluruh badan
2. Aktivitas kerja mental : pikiran pekerja kacau dan mengantuk
3. Stasiun kerja tidak ergonomis : pekerja mengeluh pegal-pegal di punggungnya karena sering
membungkuk dalam waktu yang lama
4. Sikap paksa
5. Kerja statis : pekerja mengeluh pada bagian tangannya merasa sakit karena kerjanya terus-menerus dan tidak disela dengan istirahat dalam waktu yang lama
6. Kerja bersifat monotomi
7. Lingkungan kerja ekstrim
8. Psikologis
9. Kebutuhan kalori kurang : pekerja merasa cepat capek dan usaha yang dilakukan tidak maksimal
10. Waktu kerja-istirahat tidak tepat
Untuk menghilangkan rasa letih, beberapa petua boleh dicuba. Antaranya:
a. Bersifat positif terhadap pekerjaan:
Ketika bekerja, kita hendaklah terus menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan. Kita harus ada minat dalam setiap pekerjaan yang kita buat.
b. Bersantai sejenak:
Gunakan waktu istirehat untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat. Ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan ketika bekerja.
Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau 10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu. Elakkan daripada mengguna komputer secara berterusan melebihi sejam.
c. Nikmati humor dan ketawa:
Berbagai cara boleh dibuat seperti membaca komik dan kartun atau bergurau bersama teman-teman sekerja yang boleh menimbulkan ketawa. Humor dan ketawa dapat membangkitkan tenaga dan kesegaran. Akan lebih mudah menghadapi pekerjaan dengan senyum daripada terus muram.
d. Bekerja secara sistematik:
Buatlah skala dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dulu. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dalam bekerja.
e. Banyak minum air mineral:
Air mineral dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh.
f. Lakukan aktiviti fizik:
Untuk mengendurkan otot-otot yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senaman ringan, di dalam atau di luar ruang kerja. Bila pejabat anda terletak di bangunan bertingkat, untuk naik-turun pilihlah menggunakan tangga daripada lif. Jika surau pejabat anda di tingkat satu dan anda bekerja di tingkat lima, apa salahnya turun naik menggunakan tangga untuk menunaikan solat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar